Wednesday, December 1, 2010

Salam Takziah

Salam alaik~

Salam Takziah buat housemate saya yang tabah lagi kuat diatas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada 30 November 2010 bersamaan 24 ZulHijjah 1431. Semoga abah kak Lin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga kak Lin tabah dalam menghadapi ujian Allah.

Dugaan datang tanpa mengira masa, tempat dan juga keadaan. Saat-saat kita tengah bergembira pun Allah boleh uji kita. Contohnya, kita pergi bercuti. Masa tu ingat Tuhan tu berapa percent la sangat kan. Tup..tup barang-barang yang kita bawak pergi bercuti tu kena rompak. Tak nak la pulak menangis meroyan kan. yela, alih-alih tinggal sehelai sepinggang. Masa tu la, baru nak mohon simpati padaNYA. Barulah kita akan sentiasa ingat padaNYA.kan... Allah bukan sengaja menguji hambaNYA suka-suka. Tapi Allah hendak melihat sejauh mana hambaNYA tu sanggup dan redha dengan ketentuanNYA.
Firman Allah dalam surah Al Mukminun ayat 62. 'Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya'.




nota kaki: ni kali ke2 kak Lin menghadapi dugaan yang sama. Kali pertama dulu semasa tahun 1 semester ke2 arwah Ibu kak Lin pergi menghadap Ilahi kerana sakit. itupon masa final jugak dan kali ni perkara yang lebih kurang sama berlaku di tahun ke 3 semester 5. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kedua-dua ibubapa kak Lin. Moga ditempatkan di kalangan para solehah dan solehin. al Fatihah~
Semoga Kak Lin tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Semoga kita juga menghargai IBUBAPA kita yang masih hidup. berbuat baiklah kepada mereka sementara masih ada lagi kesempatan waktu ini. Kita takkan tahu bila kita atau mereka akan pergi dulu kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Firman Allah "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Surah Ali 'Imran:185)


1 klik dan komen :):

Aretikz said...

ujian dariNya.. al-fatihah..