Monday, February 28, 2011

Bila~

Dulu...

Ustaz aku cakap..tanda-tanda betullah kita ni berada di tempat atau melakukan perkara yang betul ialah:-

1) bila dengar ceramah agama je...kelopak mata macam melayang-layang...kejap atas kejap bawah...penat oh tahan ngantuk

2) bila korang bukak buku je (buku ilmiah terutamanya), tiba-tiba je secara otomatik mulut korang akan terbuka, mata sedikit terpejam lagi berair-air kengkadang tu...>>>menguap yer kengkawan...

3) lagi??? agak-agak kalau tu mende baik silalah rajin-rajin yer =D


p/s:: rajin kemas rumah, buang sampah, rajin baca buku, rajin segalalah...masalahnye..rajin ke aku??agagagaga

oh es tee




Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa

Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangaannn membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Oh..

Tiba-tiba tersuka lak dengar lagu ni...btw official video tadek lagi. ada OST je tu pon tak best sangat la sound dia...bila nak kuar versi mp3 neh...ternanti-nanti tauuu...

p/s:: apesal aritu aku tetiba like nazim othman kat fesbuk..ohh..so notttt meee okeehh~ ;P

Sunday, February 27, 2011

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah


~PERKAHWINAN~

Satu ketika kau bertanya..

.......................

sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna

dan terjaga hendaknya..

........................

sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................

sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu dtg

air mataku ada yg menghapuskan..

............................

sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku

agar aku terus berada di atas jln yg benar

.............................

sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..

agar bila aku kelesuan

kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)

.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku

agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu

tnpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,

aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,

menemanimu

memerhatikanmu,

mendidikmu

membelamu,

menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah



~PERKAHWINAN~

P/s::credited to>>??? tak ingat dapat mana ayat ni..huahua...so marilah sama-sama merenung muhasabah diri keh...

Till then, cheerio peoples
lots of lurve

Saturday, February 26, 2011

at last

hyep...

Salam~









well...dah tak private lagi...^^

Sunday, February 20, 2011

gunung berlumut

salam alaik

Seronok jugak pergi berendam di gunung berlumut, Kluang...
malas nak upload gambar...berbaloi la jugak bengang dengan budak2 yang lambat siap..janji kul 7.3o am..alih-alih kul 10 am lakk..memang hampeh..penat kitorang tunggu tau...paling aku suka part makan2...hehehee =)

till next en3
da~

Wednesday, February 16, 2011

Petrolsainz day out


Tengok dulu appetizer okeh~ ^^

serunut..serunut..nak naik banyak kali tapi segan..cukuplah sekali.

-infinity mirror-

bersama akak-akaks..akak IJN, cikgu fizik-to-be n si gemok.

*abaikan~
befriend with elbet enstain..hahah

Salam alaik...


Hari tu kan...kan...berapa hari bulan ek..sabtu lepas? tengok kalendar sat>>ha...12/2/2011!!!aku an..eh saya kan pergi petrosains...saya pergi petrosains dengan kak muni dan kak ifa. tiket pon macam murah ajer Rm12. not bad la tu kan... affordable rite?! since kali terakhir pergi petrosains maka kami-kami yang da agak dewasa ni agak ter'excited' la gak..hehe..maklumlah kami nak lihat perubahan dan penambahan petrosains tu..haha..lagipon pergi masa kechiq2 mana la nak ingat sangat kan...bak kata mak kak munirah " rugi je kalo bawak masa budak2 kan...bukan dorang ingat pon" huhu...ala masa budak2 feeling lain...heeee

Tiket masuk pukul 2.3o pm..siap2 solat zohor dan melantak kat Rasa Food Arena food court. okeh da kenyang baru boleh buat semua keje kan. perut tu sangat penting yer kawan2...you should care for ur tummy keh~! ^^

selesai sudah kewajipan, then rush teros pergi petrosains...masuk2 je nampak adik-adik yang kiut miut...haha...macam biasa la. first naik amende tu yang slow2 gerak..ah-hah The Dark ride..bukan dark rider hokeh...memang dark la..ngantuk pon ada..coz die tunjuk video lama2..dulu darjah 5 da tengokla...11 tahun yang lalu..so lame beb..ingatlah ada video baru keh??hehhe...xpe2 layankan aje...terpikio la jugak kan.sebab video tu cakap melayu. then kalo omputih dengor paham ke???buat-buat paham dah. takpe pictures will tell kan.

then abes dark ride, masuk Petrojaya. Jap aku lupa sequences dia la..maklumlah excited. ngeee~ okeh pusing2 petrojaya. menarik gak la. tapi busanlah sikit. kenapa? nak tau pergi sendiri tengok eh.hehe...jalan..jalan dan jalan...penat melihat.haha..pastu masuk Geotime Diorama. ok..ini sangat lawak...masuk-masuk jer..si Dino ni da melalak-lalak...huhu...siap ada 2 versi lagi bm dan bi. ok siap rapping kot...memang akan dengar la die melalak2 dalam tu each time kalau ada orang masuk dalam tu. Dalam ni info pasal dino je..then pasal batu-batu, ada jugak pasal petroleum sikit. and fosil2. kat sini kita leh bau, bauan zaman batu dulu...busuk ouh..macam bau bangkai pon ada. huhu...taktaulah hidung korang macam mana.

pastu jenjalan lagi kat science station 1, space, sparkz, platform, speed and refinery. the teater ungku omar, the molecule nano world and exploration not sure. sebab tak perasan lah...hehe..in the meantime kitorang jalan-jalan tu, tak hengat kat mana *sbb byk mkan somut kot..aduh* jumpa tempat bubbles...syioknyerr...main bubbles..just like kiddos u know. kat situ yang datang semua nak bersuka ria main bubbles je. dan tak terkecuali saya jugak. ahah...suddenly cikgu-fizik-to-be bertanyakan soalan...memang bakal cikgu. Hampir kesemua tempat kitorang pergi, mesti ada soalan yang ditanya...sampaikan adik yang jaga tempat bubbles tu cakap. semua orang yang datang situ just datang nak main bubbles jer. sorang pon tak ada tanya soalan ilmiah. then cikgu-fizik-to-be datang main2 bubbles kat situ and tanya macam-macam. maka adik tu pon cerita la pasal bubbles tu ada 3 formation. soap, water and satu lagi xsure. macam dia kata water n soap...ok sori papehalpon try google ok untuk kepastian. not so sure la. bubbles in bubbles...guna straw aje...world record boleh buat 12 bubble in bubbles.tapi kat petrosains dorang boley buat 5 je...ini menurut trainee yang jaga tempat bubbles tu la...dia pon baru lepas spm..macam kind of budak-budak pandai la jugak aku rasa sebab dia ada cerita pasal nak continue study course biomedic gitu. ha..dia ada cakap part time kat petrosains sejam rm5. nak ke??try la apply.
jenjalan lagi, naik gelongsor, try rasa perasaan hurricane 12o ++ mph, naik heli simulation tu. ouh sama aje macam dolu-dolu...teringat rombongan cik kiah darjah 5 tu. rindunya zaman tu...kanak-kanak lagi. chumel-chumel aje semua...dah berjam-jam pusing dalam tu...akhirnya kitorang keluar jugak dari situ. perasaan...seronok tapi harapkan lebih sikitlah daripada yang ada ni...hahah..memang..manusia yang susah nak puas ati...keke

p/s ::: accidentally typo...
p/s/s:::nyamuk ni nak kena lempang?

Tuesday, February 15, 2011

maulud nabi




~SALAM MAULIDURRASUL~

Sunday, February 13, 2011

7 maratib amal

hye...Assalamualaikum~

Ever heard about 7 maratib amal before??? Me???nope. First heard about this is two days ago, Saturday nite. After maghrib prayer, we had little talk (we used to say it as usrah). We talk and discussing anything just like the old times. Perghh..missing the ol days. ^^

Opsiee...back to the topic what is 7 maratib amal? 7 maratib amal is a way for us (Muslim) to be successful. As we should know before, at the time when Islam was at the top, Islam had succeeded to dominate 2/3 of the world. And now??? Tell me..mareba~ what had happen? With people just like me. Who only really cares about hedonism. What a shame actually right? It can’t be stopped drastically, I know my level. But I’m gonna trying to do it slowly. Mathurat maybe as a starter. Sorry, keep on babbling aje. Haven’t told you yet what those 7 maratib amal is..heee...gomennasai~!

The 7 maratib amal:

1. Peribadi Islam

2. Keluarga Islam

3. Masyarakat Islam

4. Kerajaan Islam

5. Negara Islam

6. Khilafah Islam

7. Memimpin Alam

By following these rules, I'm totally 2oo% sure that there will be no more crime aite...am I right???

Ok...Need to stop here. I’m sorry I’m not so good in English and not so good in explanation too. Regarding the 7 maratib amal. I don’t have much info. If I could get any, I’ll put here, biidznillah~

till then, cheerio peoples =)

salam alaik~

Sunday, February 6, 2011

just a quote

The average woman would rather have beauty than brains, because the average man can see better than he can think.

agree??

or

disagree??


Wednesday, February 2, 2011

praise be to Allah..Alhamdulillah

Alhamdulillah

praise be to Allah...nampaknya sambungan tenet kat mesir da pulih...so, dapatlah kita apdet pasal dorang dengan lebih lagi..tadi blogwalking lagi kat blog krisis mesir,nasib rakyat kita...and finally tertarik kat satu komen ni..."doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam".
InsyaAllah doa kami mengiringi perjuangan syabab2 sekalian. sebenarnya agak jeles member-member yang dapat belajar overseas cam diorang ni. dapat tengok negara orang, berpengalaman alami saat2 mencabar macam ni kan.it worth it after all. yelah..bukan senang kot nak dapat pengalaman macam ni kan...memang la orang akan cakap yang susah la belajar kat negara orang, bahaya, tengok sekarang mesir bergolak ada riot bagai. Tapi untuk mendapatkan pengalaman yang berharga tu pengorbanan perlu dilakukan kan...belajar uk, us dapat main salji. blaja india dapat jumpa tempe2 *hehe..gelak jahat.. blaja korea, jepon dapat tgok pakwe mate sepet..*macam malaysia tadek pulak* hehe...blaja mesir dpt tengok riot gini. lagi gempak.sekali p berjihad sama...aisshh jangan...kecoh malaysia t.huhu
Kalaulah dulu aku belajar betul2 kan bagus...if I could turn back times..gilo aku ni..'kalau' tu dah la mainan syaitan...ish3...astagfirullah~
untuk menyedapkan hati aku yang selalu jeles je dengan budak-budak oversea, maka aku akan think positively. belajar malaysia ok pe..tiap-tiap raya balik rumah.kalau boley setiap perayaan kaum kat malaysia ni ha nak balik...tak raya pon boleh balik.aduh anak mak la pulak asyik balik je. huhu
rezeki masing-masing kan. mana-manalah belajar pun. ilmu yang baik digunakan sepenuhnya. rite? insyaAllah...

p/s:::mercun da kedengaran, Happy Chinese New Year wat chinese kat malaysia...xin nian kuai le... dalam hati still nak study overc.xpelah t aku p mlancong sudah..hahaha...selalu aku memang xreti nak letak tajuk ape untuk entri...haihh...hentam jelah...at least bila orang baca xsemena-mena dorang pon mengucapkan sama Alhamdulillah kan...hopefully...=) *kejap..orang baca ker???agagaggaga

Tuesday, February 1, 2011

aku bimbang


I keep on updating news on chaos in Egypt. purpose of doing that..don't know..much probably because of humanity. I just wanna know what happen to the world I guess..and slightly worried for them...these are some pics regarding to the riot..THE PIX...Don't forget to pray for them..May Allah help us and them...peace no war~

doakan keselamatan mereka...

Salam Alaik~

Semua orang tengah risau pasal pergolakan di Mesir including me too...aku pon...even tadek saudara mara kat sana tapi still aku ada member dan tak lupa saudara seIslam yang tengah berjuang. Kalau tak silap den la kan...rusuhan ni asalnya tercetus oleh seorang penjual buah kat Tunisia yang bakar diri sendiri coz of tak puas hati kenapa gerai dia dirampas sebab die jual buah-buahan tu illegally. Yela, even die yang ada degree susah nak cari keje then kenapa kerajaan sesuka hati je nak halang dia nak cari rezeki.. Sekurangnya bagi la peluang. Bukan terus wat tindakan melulu camtu. so, now this what had happened. Bila sorang da berani bertindak, maka yang lain pon ikutla. starting from Tunisia and now melarat ke Mesir. Bukan menyalahkan negara tapi pemimpin yang tak bertanggungjawab dan tak adil. Rakyat merusuh looking for kebenaran but it become worst. da jadi chaos sana sini..riot....Aku tak boleh buat apa-apa. Just baca kat blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ ni dan cerna what do they tell there. Aku just mampu mendoakan keselamatan mereka dan semoga Allah memberikan perlindungan kepada semua umat Islam di sana. May Allah bless you all~ To my friends yang aku tau belajar kat sana, but couldn't reach you guys hopefully everything is ok...even though not very ok...just have faith. Allah always with us.
Tak dapat nak bayangkan perasaan ibubapa yang anaknya masih kat sana..ofgoz risau kan...


p/s:even Egypt has blocked their internet connection, doa' is the best wireless we can send. so, please pray for the best for our muslim friends there...