Tuesday, August 17, 2010

wahan??!!

salam alaik~

Pernah dengar perkataan wahan??? bukan wahana, wahani, wawana, wawani atau sebagainya... wahan kalau tak silaplah, dulu ustaz kat sekolah pernah berkata...maksudnya cintakan dunia...takot mati~ hmm..agak-agak kita ni semua da termasuk tak dalam kategori wahan ni???hmm..aku dengan jujurnya mengaku mungkin atau sememangnya aku da termasuk dalam golongan-golongan wahan ni kot...aduiiaii...sungguhlah..aku ni manusia biasa je..takkan mampu nak lari dari dikejar penyakit ni...yela kalau tak..takkanlah aku mengeluh bila poket da kering, mengeluh bila tak dapat nak beli benda yang diidamkan kan..kan...da kena jangkit la ni kan...sememangnya susah nak jauhkan diri daripada penyakit ni memandangkan dunia dah akhir zaman. Macam-macam boleh berlaku dalam sekelip mata... Mencintai dunia dan isinya yang kadang-kala hanyalah khayalan semata yang tak menjanjikan apa-apa...

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.

H.R. Abu Daud

Hari tu kalau tak silap, kes-kes buang baby da senyap...La ni, orang dok bising balik. Hari-hari ada kes buang baby...Sedar tak sedar banyak dosa dah buat...zina, membunuh. Semua tu dah kategori dosa besar kan...muhasabah balik diri dan cek balik tang mana silapnya. Kita tak nampak, tapi orang lain yang nampak. Kita tak sedar, tapi orang lain yang sedar. hmm..walaupapepon, jaga diri baik-baik. Ingat...Allah sentiasa memerhatikan kita. Mungkin orang lain tak nampak apa yang kita lakukan, tapi Allah nampak tau~!


p/s:jangan ponteng puasa tau...potong duet raya~!! =P

0 klik dan komen :):