Tak semestinya dalam berkawan tu kita nak merasa yang indah-indah belaka je kan...mesti ada terselit jugak kisah pahit-pahit kelat kopi tanpa gula...masam macam asam jawa...masin macam air laut..kan..kan...kan?????!!!!!
sebab tu ikhlaskan hati dalam berkawan...kurangkan ego...bila sedar kesalahan diri, mengaku jelah, bukan susah pon... daripada memutuskan silaturrahim, baik forgive and forget...sebab tu digalakkan sebelum masuk tidor tu memaafkan orang lain...semoga hati kita tenang dan kita pon dapat tidor dengan amannya...aite...
sikit-sikit daripada inche' google pakai spek bingkai itam style John Lennon...
(gila sudah..jangan layan k) anyway thanks mR gooGle~ luvya~~~
Nabi bersabda : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur spa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )
Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)
Nabi juga sebut : " Silaturahim itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga bersabda: Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim " ( al-Bukhari)
Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith diatas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)
kadang-kadang Allah turunkan hujan
Dengan guruh
Dengan kilat lagi
Kita tertanya-tanya
Kemana perginya matahari?
Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah~
Maka bersabarlah wahai rakan-rakan..pasti ada sebabnya kita diuji sebegitu...Allah tidak akan menguji kita melainkan dengan kesanggupan kita.
“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)
0 klik dan komen :):
Post a Comment