Wednesday, July 28, 2010

Ujian

Terbaca status member tadi..are we friend for real?? maksudnyer??? sebenar-benarnya kawan???or something else? hurmm..biasalah adat berkawan, ada suka ada duka...
Tak semestinya dalam berkawan tu kita nak merasa yang indah-indah belaka je kan...mesti ada terselit jugak kisah pahit-pahit kelat kopi tanpa gula...masam macam asam jawa...masin macam air laut..kan..kan...kan?????!!!!!

sebab tu ikhlaskan hati dalam berkawan...kurangkan ego...bila sedar kesalahan diri, mengaku jelah, bukan susah pon... daripada memutuskan silaturrahim, baik forgive and forget...sebab tu digalakkan sebelum masuk tidor tu memaafkan orang lain...semoga hati kita tenang dan kita pon dapat tidor dengan amannya...aite...

sikit-sikit daripada inche' google pakai spek bingkai itam style John Lennon...
(gila sudah..jangan layan k) anyway thanks mR gooGle~ luvya~~~

Nabi bersabda : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur spa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : " Silaturahim itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga bersabda: Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim " ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith diatas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

kadang-kadang Allah turunkan hujan

Dengan guruh

Dengan kilat lagi

Kita tertanya-tanya

Kemana perginya matahari?

Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah~



Maka bersabarlah wahai rakan-rakan..pasti ada sebabnya kita diuji sebegitu...Allah tidak akan menguji kita melainkan dengan kesanggupan kita.

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)

Friday, July 23, 2010

2 pihak

aku...aku ni selfish ker???
hmm...aku tak suka orang yang selfish...tapi maybe itu satu keperluan kan...who knows?~
so...aku di pihak yang mana satu???

Tuesday, July 20, 2010

idea ouh idea.

Smile..smile and smile...=)

PSM waiting for me...arghhh stuck la weihh...no idea...alahai...nilah bahana berpoya-poya aje kije tym cuti...kan da tersesak-sesak otak nak fikir...huhu
Tajuk baru dapat satu je, nak kena propose 3 tajuk..lalala~~ mana la nak rompak lagi 2 tajuk...ngeee~~

Petang tadi tym kelas Industrial Law tetiba jer lecturer tu suruh buat short essay pasal favorite lecturer...rupa-rupanya saja je nak test BI kitorang camne...hmm...aku konpem2 la ancusss...huhu...dengan lama tak praktisnya dengan jarang-jarang nak bukak buku BI bacanya, memang ginilah gamaknya...

Cerita pasal BI neh...ailaaa...mengangnyerr la...sem ni takkan lah kena amek lebih satu kredit lagi kot...Kalau yer...memanglah...masuk sem ni je..dah dua sem berturut aku amek 19 kredit...aku ni dahlah bukannya rajin sangat pon... Ceriteranya gini, pada tahun satu, kami telah mengambil replacement test bagi mengelakkan kami daripada mengambil satu subjek yang diberi nama 'English for Academic Purpose' bagi rakyat-rakyat jelata U kami yang ber'band' lebih daripada band 3...(ok..aku xpandai, aku band 3 je). setelah lulus ujian maka kami secara otomatiknya dilayakkan untuk membuat pengecualian kredit. Dengan gembiranya, aku berjaya mendapatkan keizinan tersebut. Maka borang-borang pon diisi bagi membolehkan pengecualian kredit dilaksanakan...namun begitu, entah dimana silapnya, setelah borang dihantar, rupa-rupanya, kami masih lagi belum dikecualikan...hah???terperanjat disitu...tercicir daripada data...sedeyynyerrr laahhh~

pendek cerita...malas nak taip...sem ni dah tak boleh buat pengecualian kredit sebab kod subjek dah bertukar, maksudnya kena la amek subjek tu...Tapi disebabkan kami pernah buat dan hantar borang pengecualian tu maka akak kat pejabat tu da janji nak tolong.kalau jumpa je borang tu, maka terselamatlah daripada mengambil subjek tu. Kalau tak kenalah daftar dalam minggu ni...makkkaaiiihh....banyaklah kelas t....tidakkkkk~~!!!

tepon mak ngadu-ngadu....pastu mak sikitlah punya optimis, mak kata, amek jelah subjek tu, takpe...kitakan nak belajar lagi...tak rugi pon...(rugi masa tido...haha...). Ilmukan...kalau on9 kat rumah tu boleh berjam-jam, ni kelas sejam 2 jam malas nak pergi pulak...hmmm...

Conclusion...nyerr...kalau dah terpaksa, amek je lah kelas tu...bukan nyer rugi pun kan...betol tak??

p/s: ziela!!!aku da beli diari mat despatch...perghh ayat bahasa melayu tinggi tuuu...huhu

Saturday, July 17, 2010

look at yourself

there might be peoples without arms or legs...but yet there are also peoples without hearts or brains...

Tuesday, July 13, 2010

Long break~

Broadband tadek....streamyx tadek...masa dipenuhi dengan dengkuran halus..muahahahaaa
haila...dah tak boleh online macam dulu..ouh sedihhhnyerr...=(

Akan berehat sebentar~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*main batu seremban..*
*jalan-jalan dalam rumah...*
*nak bukak laptop men game pon malas..nanti bil letrik naek..*
nak buat apa ek??tdo lagi bagus kot...huhu

Sunday, July 4, 2010

award???!!!


oh la la~

FYI, inilah awardnya

First time dapat award, ada sedikit teruja...huhu... Anyway, thanx ya maharani...muchas gracias mi amore~=D

Tapi kena jawab tag yer cik kak maharani...huhu...malasnya saya..wuawuawaauuu....demi kamu, terpaksalah saya merajinkan diri...=P

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award:-

Ø Beliau mempunyai suara yang sedap

Ø Sekarang sangat rajin berblogging

Ø Ada binatang peliharaan tak bernyawa bernama momo

Ø Suka kucing...kalau yang tak comel??camne??hehe

Ø Suka tidor lambat2..pastu cover ngan eyeliner...hhehe....oke tipoo part cover tu...huhu

Jots down 10 interesting facts about yourself and your hobby:-

Ø Nama penuh saya Nur Atika Afira binti Yusof

Ø Sudah melepasi umur 21 tahun

Ø Masih menonton siri wonderpet dan seangkatan dengannya.

Ø Paling suka Yong Hwa + cnblue..cnbluvers la katakan...hee

Ø suka buat exercise mata (membaca komik+novel+sewaktu dengannya...)huhu

Ø ada seekor kucing yang buat rumah macam hotel dia, sesuka suki hati dia je nak balik rumah bila...huhu

Ø kecik-kecik dulu ciwek giler..da besar kadang-kadang jer..haha

Ø sekarang suka tengok showdown 2o1o, febret crew...wakaka crew n floor fever...btw; HmC Phlow pon ok gaks...ngee~ =D

Ø memiliki kesemua novel author Hlovate..=)

Ø masih belajar walaupun malas nak belajar...

Ø

fuhh!!! *sigh* habis jugak...susah jugak yer nak describe siapa diri kita ni...

Pick your most 5 deserving recepients and describe them

Sape-sape...alamak memerlukan daya pemikiran yang tinggi ni...boley tak just pick anyone random...hee..nak bagi kat sopie takyahlah...dia yang bagi kot award neh..hmm...and the recepients is:-

1. Suziana...si comel

2. Ziela...kaki e-novel dan juga novel2 jiwang karat..clorox pon belom tentu bersih...malah berusaha untuk membuat novel..perghh,..terpanjang lak describe.

3. Hanum...si rajin

4. Najay...si sengal-sengal ubi..g showdown aritu x ajak dowh...haha..mcm aku nak pegi pulak kan...

5. Didie...seorang yang tabah. =)