Wednesday, August 17, 2011

salam Nuzul Quran

Assalamualaikum...

بسم الله الرحمن الرحيم

'Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya'.
(Al Hijr:9)

Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam di Malaysia...Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. :)

Segmen ingatkah anda:::

17 Ramadhan merupakan tarikh berlakunya:
- perang badar
- penurunan Al Quran (Nuzul Quran) pada malam Jumaat.

Kedua-dua peristiwa tersebut merupakan peristiwa penting kepada umat Islam.

Tahukah anda bahawa sekarang betapa goyahnya iman umat Islam sekarang? Di mana kita meletakkan tanggungjawab kita sebagai umat Islam apabila 12 orang Islam ditangkap melakukan aktiviti gereja? Di mana kita apabila kanak-kanak Islam menyanyikan lagu gereja, bersifat memuji nabi Isa sebagai anak tuhan? Terdapat hadis nabi 'kefakiran itu boleh menjerumuskan ke lembah kekufuran'. walaubagaimanapun hadis tersebut merupakan hadis yang sangat lemah. Terdapat sumber yang menafsirkan kefakiran itu sebagai fakir jiwa dan hati. sumber sini.
Apabila miskin jiwa miskin harta segala-galanya mudah untuk digoyahkan. Pahala Dosa semua tak kenal, kata orang kubur lain-lain. Seeloknya, carilah ilmu duniawi dan ukhrawi. Jadikan hidup kita dalam equilibrium state. dunia dan akhirat seimbang. Letakkanlah dunia di tanganmu bukan dihati. Maka, letakkanlah hatimu dengan ilmu akhirat supaya terus kekal didalamnya.

entri macam nak berat..tapi tak berat...cuma nak ajak berfikir, masa hadapan apa yang akan jadi to all muslim and muslimah. Muka melayu, keturunan melayu, agama mungkin Kristian, Buddha, Hindu...who knows? yang sekarang ni pon memang dah ada macam tu kan. So, akan datang tak tahulah... Berharap sangat sinar hidayah , nur cahaya menyinari hati-hati mereka-mereka. Sedih bila lihat orang melayu Islam dah tak rupa macam melayu Islam tak kiralah laki ke perempuan. Sama je sekarang ni...what a pathetic scenario nowadays.*sigh* T.T

p/s:::entri nak sedarkan diri sendiri yang makin tergelincir...Nak mengingatkan kita-kita yang bakal ibu, bakal bapa atau yang dah jadi ibubapa bahawa kita-kitalah yang mencorakkan kehidupan anak-anak kita di masa hadapan...

till then,
da~~
assalamualaikum


1 klik dan komen :):

Azin Shah said...

terasa diri nie serba kekurgn jua...t tlg ingatkn ak..tegur2 r mane yg silap na...-_-