Monday, July 6, 2015

STRESS KE???? JOM TANGANI STRESS DENGAN 7 CARA!

Assalamualaikum and hello peeps!

Stress ke? Baguslah kalau tak :) Macam-macam hal dunia sekarang ni. Dengar sana sini pung pang sana sini itu ini. Stress tu biasa. Ada positif ada negatif. Bergantung macam mana kita menilai stress tu sendiri. Ada orang bila stress bertambah-tambah semangat dia nak berjaya, meneruskan hidup, stress tu sendiri memotivasikan diri. Ada orang kurang iman, bila stress salahkan orang tu, orang ni, salahkan takdir, salahkan diri. Ingat semua yang berlaku ada hikmahnya. Setiap benda yang berlaku kat muka bumi ni ada sebabnya kenapa. So.....ni nak bagi tips la supaya korang tau yang you are not alone. We feel the same, it just that we portray it in a different ways. Bagi banyak-banyak pon tak ikut, 7 jela ye.

7 TIPS TANGANI STRESS ANDA DENGAN BIJAK!!!

  1. Fikir secara positif, ubah rutin hidup ke arah lebih baik dan teratur. Lebih sistematik.
  2. Ajar diri bertenang dan kawal emosi. Kalau dalam Islam tengah marah berdiri, duduk, kalau duduk tak jalan, hang amek bantai baring. Ataupun minum air masak. Kalau puasa sekarang ni, istighfar banyak-banyak. 
    sumber google
  3. Redha. Konsep ni memang kena apply dalam hidup kita. "Boleh jadi kamu amat membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu amat menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216. 
  4. Dapatkan sokongan emosi daripada keluarga terdekat, kawan-kawan yang dipercayai, suami/isteri. Biarlah seseorang yang dipercayai dan selalu berfikiran positif. 
  5. Pergi berehat atau bercuti. Takde duit, amek cuti dan rehat baik-baik kat rumah.
  6. Bersenam cara sihat. Sambil beriadah, dapat release stress dan kuruskan yang patut-patut. 
  7. Dekatkan diri dengan Allah. Berzikir. "Ingatlah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" Ar-Ra'd:28.
La Tahzan, innAllaha ma'ana = Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Bila stress ni macam-macam datang kat kita. Sakit badan, sakit hati, sakit mata, semua pun sakit. Maka, banyakkan bersabar dan positifkan minda. Lain orang lain penerimaan, lain interpretasi, lain penghadamannya. Moga bermanfaat.

See u in next entry :)

4 klik dan komen :):

mai mdsaupi said...

Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian..hidup kita skang mmg byk cabaran..apapun dengan dekatkan diri dgn Allah in sya Allah hati akan tenang.

Atika Yusof said...

Betul mami, dekatkan diri dengan Allah, inshaAllah hati kite akan tenang. Tq mami singgah :)

budak tepi jalan said...

Afie~~~ ko masih aktif berblogging kan... bagusnya. Aku baru hari ni mula terpikir nak tulis blog balik.

Atika Yusof said...

Najay..yup da start balik. jom la start wei :)