Sunday, April 10, 2011

Saat diuji

Ujian itu kifarah dosa...sakit itu kifarah dosa...atas dosa-dosa yang telah lalu.

Dugaan datang tanpa diundang dan pergi tak disedari. masa yang menentukan. saat diuji, saat diduga, saat semua masalah menimpa, sebenarnya itu semua cara untuk kita berfikir sejenak. kalau kita kata sekarang kita susah, cuba bayangkan orang lain yang nak jalan pun tak boleh. kena merangkak. kita kata kita susah. tapi siapa lagi susah antara orang yang boleh lagi mampu beli kfc sebulan sekali atau orang yang nak makan nasi sekali sehari pun susah. itupon belum tentu makan dalam sehari tu. sakit, demam sikit dah merungut. kat luar sana orang yang sakit bertahun-tahun,tabah dengan dugaan. dugaan mematangkan kita, membuatkan kita tahu siapa kita..memang...orang kata, sudah tersurat. kadang-kadang kita leka,kita tak sedar macam mana hubungan kita dengan tuhan. dekat ke jauh, kita lupa, lalai. terlalu mengejar duniawi sampai kita alpa dimana kita patut limitkan keseronokan kita. saat-saat kita terlalu leka, tuhan turunkan ujian buat kita. supaya kita selalu dekat denganNYA. Tuhan sayangkan kita, adakah kita punya rasa yang sama? mengaku dengan mulut tak sama dengan hati. bicara hati lebih suci kerana ia jujur. sebab tu kena selalu check and balance hati ni. muhasabah balik. everything happens for a reason.semua yang berlaku ada hikmahnya. memang kadang-kadang ada sesetengah perkara kita tak boleh nak pertikaikan, persoalkan. ada sebabnya kenapa ia berlaku. cuma kita yang tak tahu lagi apa sebabnya kan. so, la tahzanwa la tahof, Allah is always with us.


p/s::pesanan buat diri sendiri...bermacam dugaan muncul tahun akhir. Ya Allah permudahkanlah urusan kami~ may Allah bless <3

6 klik dan komen :):

Anonymous said...

insyaallah disebalik dugaan yg diberikan,ada kemanisan yang xnampak..macam pelangi yg indah hnya muncul after hujan panas

Atika Yusof said...

yup...btol3 ^^

Azin Shah said...

i.allah...kite akn dpt laluinyer...cayok2..kwnku

サアディア セコン said...

afie
aku pon pnh kene cm ko..
repot nk anta sok tp lptop osak so kne buat bru x tido smpi pagi nk submit.. tp dugaan ko lg berat.. final year...
u shud hapy dear cz Allah uji... then after ni InsyaAllah, mesti ada something happy yg Allah nk bg tu..
evrythng hppn for a reason isnt it..
sabar bnyk2 k... =)

nana sakri said...

aminn...hope so...soon everthing change..u wont be around meh,sedih jugak aku kau nak kuar nanti..

Atika Yusof said...

thanx kawan2>>nocha..didie..nana..lep u ols...huhuhu...syg ketat2 noh...

nana..jgn sdey2 aku kuar t... ;P