Assalamualaikum...
Hari ni last day aku kat Teknion. Terharu, sedih, gembira. Semua perasaan da bercampur-campur. Lepas ni mesti aku rindu giler kat mereka-mereka. Lepas ni dah takde dah auntie nak sound aku sebab masuk tandas hospitality. Lepas ni dah takde lah orang nak jalan-jalan dengan aku sampai surau. Lalu satu kilang. Jalan-jalan dalam kilang. Borak-borak dengan operator. Will miss you all badly.
Banyak yang aku belajar sepanjang 9 bulan hidup kat sini. Macam-macam aku dah nampak. Sifat-sifat manusia. Sifat-sifat aku. Orang kena marah depan mata jer. Putar belit alam semua aku dah saksikan depan mata. Hakikat kehidupan bila dah bekerja ni. Macam-macam. Banyak garam banyak ragam. Masin manis masam pahit semua ada.
Tapi itulah yang akan mematangkan kita, perjalanan hidup ni masih panjang lagi nak kena tempuh. Moga dipermudahkan. Harap semua berjalan lancar...
Tiba-tiba rasa sebak, nak leleh lak. Baru berapa jam, rasa macam da berminggu. 9 bulan jumpa hari-hari. Tiba-tiba minggu depan da jumpa orang lain lak. Rindu dah menerjah. Aku harap aku dapat jumpa rakan-rakan baru yang sebaik yang ada ni.
Paling aku ingat masa jumpa sorang abang ni, nak minta maaf dan ucap terima kasih. Dia yang cakap minta maaf dulu. Yang tak tahan, ayat dia... "Tahniah kerana menjaga aurat. Bukan senang orang sekarang nak jaga aurat". Aku pon takdelah baik sangat. Biasa-biasa je. Ada jugak aurat-aurat yang aku kurang jaga. Tapi ayat dia buat aku sentap dan buat aku rasa bersemangat nak tutup aurat dengan lebih baik. Dan aku takkan lupakan cerita tikus dia. Tskk..tsskk..sobbb....
Sedihnyaaa....Aku memang nak sangat sambung kerja situ..Tapi apa kan daya....Aku tak berdaya...
tata teknion yang bagi aku pengalaman hidup...thanks to warga teknion...wc wd...
P/s:::Sir ask us to write diary everyday. Can I supersede that into this medium..which is a lot easier. But I'll type here rojak..huhu
People come and go. In the end. That's life all about. And I choose to leave. To turn over a new leaf.
Hoping for the fresh start. May Allah bless :)
Till then, Cheerio people~
Rindu kat parents. Mereka tiada disisi kala ini. emakkkk....abahhhh....
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago