Tuesday, August 4, 2015

Alfalfa - father of all foods.

Assalamualaikum, hola

Tajuk je omputih.*hmph...
Alfalfa ni kira macam durian la. Durian Raja segala buah. Maka, Alfalfa ni bapak segala makanan. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Alfalfa merupakan tumbuhan herba yang mempunyai akar sedalam 6 meter
ke bawah which mean Alfalfa mampu untuk menyerap segala nutrien yang ada di muka bumi Allah ni. Sementara itu, daunnya pula mampu mengumpul klorofil dengan banyak melalui proses fotosintesis. Semuanya dengan kuasa Allah s.w.t.

Berdasarkan pembacaan melalui google, Alfalfa bagus untuk penjagaan kesihatan:
 -Buah pinggang
 -Pundi kencing
 -Prostat
 -Kolesterol
 -Asma
 -Diabetes
 -Osteoarthritis
 -Rheumatoid arthritis
 -Sakit perut
 -Pendarahan

Alfalfa juga kaya dengan vitamin A, C, E, K4 dan mineral seperti kalsium, fosforus, klorofil, bioflavonoid, zat besi dan potassium.

Walaubagaimanapun, Alfalfa yang terbaik bagi saya dah tentula ALFALFA COMPLEX from SHAKLEE.

cdt: google

cdt: google

Untuk maklumat lanjut dan sebarang konsultasi, anda boleh whatsapp saya +6013-9185712 (Atika). 
COD Klang, Shah Alam dan Subang. :)

Wednesday, July 29, 2015

VIVIX ni untuk siapa?

Assalamualaikum, 

Hari ni nak cerita sikit pasal Vivix (betul2 sikit..haha). Walaupun botolnya kecik, tapi khasiatnya tak terjangkau. Berfungsi sebagai anti-penuaan, antioksidan dan juga anti kanser. Hanya diambil satu sudu teh sehari. Untuk pengetahuan lebih mendalam pasal VIVIX ni boleh baca blog mami kite: http://mohkitasihat.blogspot.com/2015/07/vivix-tonik-ajaib-sekadar-mitos.html

VIVIX
crdt: google
VIVIX membantu pesakit:
  • SLE
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Radang usus
  • Nyanyuk
  • Gout
  • Kanser
  • Sakit sendi
  • Lemah daya tahan penyakit
  • Strok
  • Ketagihan merokok
  • Masalah mata. cth: Katarak, rabun.
  • Supplement yang sesuai diambil bagi INDIVIDU YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN KESELURUHAN. 

What are you waiting for? Sementara ada promosi Vivix, cepat-cepat order untuk dapatkan harga terbaik dari ladang!


Whatsapp untuk pertanyaan dan konsultasi: +6013-9185712 (Atika)

Selamat Hari Raya!!!


Monday, July 6, 2015

B-COMPLEX semulajadi ni Anti Stress ok!

Hai...Assalamualaikum,

Entri sebelum ni saya da bagi tips cara menangani stress. Kalau ada yang lagi bagus, anda boleh praktikkan dan share dengan saya supaya sama-sama dapat menambah ilmu di dada.
Tapi ni nak bagitau B-complex ni pun salah satu supplement yang dapat mengurangkan stress awak-awak semua.
google jugak...:P
Selain kelebihan B-COMPLEX dapat mengurangkan STRESS, B-complex juga dapat:
  • Mencegah anaemia.
  • Mengandungi asid folik which is good for mommies-to-be.
  • Meningkatkan daya tumpuan supaya lebih fokus.
  • Bantu mengurangkan migrain.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Baik untuk mata
  • Redakan senggugut
  • Redakan alahan
  • Awet muda dan melambatkan proses uban.
  • Tiada perasa tiruan, pewarna, pemanis atau bahan pengawet tambahan.
  • 120 biji = RM53.75, boleh tahan 4bulan kalau 1 biji sehari. Jimat tu.
Selain B-Complex, Omega dan Ostematrik juga berperanan satu geng menangani stress.
sumber hp

Untuk melegakan sakit kepala dengan cepat, elok ambil B-complex bersama ostematrik. Ostematrik juga berfungsi mengurangkan sakit senggugut, kejang otot dan juga kemurungan. Omega guard pulak berfungsi sebagai anti-stress dan meningkatkan daya tumpuan otak. Omega jugak mampu mencegah insomnia, tekanan, autism, schizophrenia, kemurungan dan anxiety. 

Best set ever untuk cegah dan atasi stress. Sekurang-kurangnya kita da berikhtiar, Allah jua Penyembuh. 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi :) 013-9185712

Sekian. see u in next entry. 


STRESS KE???? JOM TANGANI STRESS DENGAN 7 CARA!

Assalamualaikum and hello peeps!

Stress ke? Baguslah kalau tak :) Macam-macam hal dunia sekarang ni. Dengar sana sini pung pang sana sini itu ini. Stress tu biasa. Ada positif ada negatif. Bergantung macam mana kita menilai stress tu sendiri. Ada orang bila stress bertambah-tambah semangat dia nak berjaya, meneruskan hidup, stress tu sendiri memotivasikan diri. Ada orang kurang iman, bila stress salahkan orang tu, orang ni, salahkan takdir, salahkan diri. Ingat semua yang berlaku ada hikmahnya. Setiap benda yang berlaku kat muka bumi ni ada sebabnya kenapa. So.....ni nak bagi tips la supaya korang tau yang you are not alone. We feel the same, it just that we portray it in a different ways. Bagi banyak-banyak pon tak ikut, 7 jela ye.

7 TIPS TANGANI STRESS ANDA DENGAN BIJAK!!!

  1. Fikir secara positif, ubah rutin hidup ke arah lebih baik dan teratur. Lebih sistematik.
  2. Ajar diri bertenang dan kawal emosi. Kalau dalam Islam tengah marah berdiri, duduk, kalau duduk tak jalan, hang amek bantai baring. Ataupun minum air masak. Kalau puasa sekarang ni, istighfar banyak-banyak. 
    sumber google
  3. Redha. Konsep ni memang kena apply dalam hidup kita. "Boleh jadi kamu amat membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu amat menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216. 
  4. Dapatkan sokongan emosi daripada keluarga terdekat, kawan-kawan yang dipercayai, suami/isteri. Biarlah seseorang yang dipercayai dan selalu berfikiran positif. 
  5. Pergi berehat atau bercuti. Takde duit, amek cuti dan rehat baik-baik kat rumah.
  6. Bersenam cara sihat. Sambil beriadah, dapat release stress dan kuruskan yang patut-patut. 
  7. Dekatkan diri dengan Allah. Berzikir. "Ingatlah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" Ar-Ra'd:28.
La Tahzan, innAllaha ma'ana = Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Bila stress ni macam-macam datang kat kita. Sakit badan, sakit hati, sakit mata, semua pun sakit. Maka, banyakkan bersabar dan positifkan minda. Lain orang lain penerimaan, lain interpretasi, lain penghadamannya. Moga bermanfaat.

See u in next entry :)

Malam-malam terakhir

Assalamualaikum dearie,

Kita bakal masuk 21 Ramadan, di mana 10 malam-malam terakhir yang telah dijanjikan malam Lailatul Qadar untuk mereka yang bertuah, inshaAllah. Moga termasuk dalam golongan yang bertuah tu. Bacalah doa yang diajar Nabi Muhammad s.a.w kepada A'ishah r.a untuk dibaca jika berpeluang berjumpa Lailatul Qadar.

sumber google
Jangan lepaskan peluang keemasan mana tahu tahun depan tak berpeluang. Mungkin ni je peluang kite. Go grab your chance. Jom!!!

Sekian, jumpe next entri :)



Saturday, July 4, 2015

Rahsia Kekal Bertenaga di Bulan Ramadan

Assalamualaikum lovelies,

Macam mana puasa hari ni? Semoga sihat-sihat saja. Kepada mommies-to-be harap-harap puasa kali ini boleh dapat full. Kalau tak full pun kita faham kenapa. Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan Ramadan Kareem tanpa lompong.

Kesinambungan daripada entri sebelum ni, >> 9 tips elak dehidrasi ni nak habaq mai lagi tips dengan mengamalkan supplement. InshaAllah dipermudahkan semuanya.

Jangan ingat Shaklee produk omputih ni takde set puasa. Lagi-lagi set meletops kat bawah ni.

sumber google
Set ini boleh membantu anda menjalani bulan Ramadan dengan lebih bertenaga dan cergas. Sesuai untuk semua golongan terutamanya wanita hamil, ibu menyusu, warga emas, kanak-kanak dan mereka yang terlibat dengan aktiviti luar yang menggunakan banyak tenaga.

Energizing Soy Protein (ESP):
> Dapat memberi rasa kenyang lebih lama, Energy booster
> Memberi tenaga walaupun menyusukan anak.

Meal shakes:
> Sumber multivitamin lengkap selain Vitalea.
> Tahan lapar lebih lama

Performance drink: 
> Mengurangkan kehilangan bendalir. PD juga menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air.
> Mencegah DEHIDRASI
> Mengekalkan paras gula dalam darah

Jangan lupa pengambilan air masak supaya mencukupi keperluan air dalam badan kita. 2 Liter - 3 Liter sehari kalau boleh.

Ok, Sampai sini. Tunggu next update ye. :)




Friday, July 3, 2015

Panas..Panas..9 Tips ELAK DEHIDRASI mencegah dari strok haba

Assalamualaikum.

Sekarang ni cuaca panas kan. Dijangka sampai ke September. Lagi-lagilah sekarang ni bulan puasa. Agak-agak tak tahan mau bukak je mak buyong ni. Tapi Alhamdulillah masih lagi bertahan.



Sumber google

Ni ha nak bagi tips elak dehidrasi. Harap-harap dapat membantu:

1. Banyakkan minum air (lagi-lagi air suam)
2. Banyakkan minum air isotonik, kalau boleh elakkan yang bergas. Ada je yang takde gas.
3. Kurangkan aktiviti luar. Duduk rumah baik2. Rajin-rajin kemas rumah :D
4. Pakai topi/payung. Boleh elak UV yang tinggi sekali.
5. Pasang kipas/penghawa dingin. Mana2 yang ada, nak jimat pakai kipas tangan. Tapi takut tangan berpeluh2 pulak.
6. Pakai pakaian yang sesuai contohnya daripada kapas, ringan dan longgar. Kalau ikut prinsip serap haba, elakkan pakaian gelap.
7. Jangan duduk dalam kereta tanpa penghawa dingin. Nak sauna pun kena cara la ye.
8. Pakai losyen yang ada SPF tinggi. SPF 30 ke atas.
9. Kurangkan pengambilan kafein,  alkohol dan bergula. satgi terhyper pulak.

Sekian 9 TIPS ELAK DEHIDRASI. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa :)

Teringat password. yeah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. akhirnya dapat gak retrieve password lama. yeay! :D


Monday, December 17, 2012

Pledge

I have been so into The Gazzete right now. Jrock of course. They have awesome lyrics and style. Reita's hair just look like final fantasy character.I wonder how long does it takes to do the hair only. But he looks cool with nose mark. But I'm not into it. They just look like bishounen with make up. It just the song they sang which make me melt. kyaa~  Cassis and Pledge are some of my fave. They do screamo but not in this song. :) I don't like screamo that much. I just like clean vocal better. Do enjoy~ Pledge



p/s: Just nice listening this while reading dengeki daisy. I don't know what's the connection. Just feeling want to.

Monday, November 19, 2012

Moga kau selamat di sana

Assalamualaikum...

Post kali  ni mungkin berkesinambungan dengan post aku 12 Jun 2010. Lama tu, dah 2 tahun. Perjuangan rakyat Palestin memang takkan berakhir lagi. Sabarlah wahai saudara-saudaraku. Janji Allah tu pasti. Biiznillah, Islam pasti akan menang akhirnya. Jangan risau saudaraku.

Aku nak pum pang lebih-lebih kat sini pun tak boleh sebab aku lack of knowledge. Aku tak berada di sana untuk tahu rasa empati. Aku cuma tahu rasa simpati. Aku hanya mampu berdoa, moga kalian sentiasa dalam RahmatNya.

Kita yang kat sini, Malaysia, doakanlah kesejahteraan Umat Islam agar bersatu. Nampak sangat pecah belahnya. Sudah-sudah lah yang dah sudah. :'(

Thursday, November 8, 2012

Buku-buku

Nak....

Gadis kecil di pinggir Gaza.
Awek chuck taylor < aku follow bagai nak rak dulu...
Lelaki ekstential < sebab penulis yang sama dengan awek chuck taylor.

Buat masa ni tu je..Ada sape-sape nak tambah???

Thursday, October 11, 2012

manga bukan mangga

Aku macam nak buat senarai panjang manga yang aku baca. Frustrated bila baca still ongoing. Tapi frust jugak bila baca, tiba-tiba satu chap da nak ending. Time tu mulalah buat-buat baca dengan slow. ok..merepek~

Sunday, October 7, 2012

I wish there's someone like ayaben's character outside there.

Thursday, October 4, 2012

Surat Tawaran

Pertama kali dapat surat tawaran. congrats to me. haha..so funny that I forgot to laugh. Tak sangka betul. Habis calar nama baik b*q saya. Sorry ye.. Nanti saya bayar...Ok...

Sunday, September 30, 2012

matang?

Hey,

Budak-budak sekarang cepat betul matang. Tapi tak padan juga dengan kematangan yang diorang ada tu. Bagi aku matang tu bila kau da boleh fikir mana baik mana buruk mana patut mana penting mana mana manalah. Yang aku nampak kau berlagak macam da dewasa sangat tapi in the end still nak mengaku kau budak lagi, tak matang lagi. Tapi kalau orang bagi nasihat kemain nak mengaku dah besar dah matang bagai. Tolonglah... Hentikan stigma-stigma tak guna kau orang tu. Tak larat nak tengok.

Main point sebenar - Tolonglah hormati IBUBAPA anda sebelum terlambat.

p/s: Aku tak paham kenapa kematangan budak2 sekarang nampak macam kekurangan keajaran dan kekurangan keasaman. Lately banyak kes anak belasah bapa & sebagainya. Where's your respect???  Gosh... I'm into bishounen pulak sekarang. Tapi bishounen aku semua good2 type... Maafkan saya mak dan abah for every single mistakes I made. 

Saturday, September 29, 2012

If you can't erase sad things, overwrite them with happy things

Friday, September 28, 2012

Ageha

Me again. 

Can't help but to type again. Can't help but fallen in love. goshh...really.. why must I fall in love with something so unrealistic..hell yeah. This is suffering enough ya know. uuu... Help me. Haven't found yet 3D like those 2D. Wish to meet one. I'll be glad if I could meet one.hahah..cut it out already. So much nonsense here. Till then..vavaiiii... ;P

p/s: Just looking the 2D make me felt butterflies in my stomach.. ;P

usagi is rabbit

Lupa..ingat..lupa dan ingat balik...hai belog...

Aku nak menaip...melampiaskan semua terbuku..hah? apasal ayat gua sengal ni. Ok nothing. Aku rasa hidup ni susah. Susah nak puaskan hati orang. Nak puaskan hati sendiri pun susah, hati orang lagilah. Cut the crap!

Macam ni lah.. Umur da meningkat tapi perangai still tak synchronized seiring dengan usia. Nak buat macam mana, setia dengan perangai sendiri. Ni namanya tabiat. Sukar nak dikikis. Maka, macam nilah jadinya.

Blog penuh depression. lol! Sebenarnya aku suka kalau story mory cerita yang menggembirakan, melawakkan, eh iye je..wuteva. But that's so not me. So, go on je lah baca apa yang tak penting ni ok?!!

Esok-esok aku menaip lagi sebab da ingat p/w balik. hah..ok..jumpa lagi.

Wassalam~

p/s: aku tau tajuk takde kena mengena..Ada kau kesah... 2 minggu ni best betol. Orang belanja makan korean food at Dubu2...and ada orang belanja makan Sushi King..kyaaa~!! gedik gilerr...super happy ;D

Friday, June 1, 2012

Thanks n Good bye

Assalamualaikum...

Hari ni last day aku kat Teknion. Terharu, sedih, gembira. Semua perasaan da bercampur-campur. Lepas ni mesti aku rindu giler kat mereka-mereka. Lepas ni dah takde dah auntie nak sound aku sebab masuk tandas hospitality. Lepas ni dah takde lah orang nak jalan-jalan dengan aku sampai surau. Lalu satu kilang. Jalan-jalan dalam kilang. Borak-borak dengan operator. Will miss you all badly.

Banyak yang aku belajar sepanjang 9 bulan hidup kat sini. Macam-macam aku dah nampak. Sifat-sifat manusia. Sifat-sifat aku. Orang kena marah depan mata jer. Putar belit alam semua aku dah saksikan depan mata. Hakikat kehidupan bila dah bekerja ni. Macam-macam. Banyak garam banyak ragam. Masin manis masam pahit semua ada.

Tapi itulah yang akan mematangkan kita, perjalanan hidup ni masih panjang lagi nak kena tempuh. Moga dipermudahkan. Harap semua berjalan lancar...

Tiba-tiba rasa sebak, nak leleh lak. Baru berapa jam, rasa macam da berminggu. 9 bulan jumpa hari-hari. Tiba-tiba minggu depan da jumpa orang lain lak. Rindu dah menerjah. Aku harap aku dapat jumpa rakan-rakan baru yang sebaik yang ada ni.

Paling aku ingat masa jumpa sorang abang ni, nak minta maaf dan ucap terima kasih. Dia yang cakap minta maaf dulu. Yang tak tahan, ayat dia... "Tahniah kerana menjaga aurat. Bukan senang orang sekarang nak jaga aurat". Aku pon takdelah baik sangat. Biasa-biasa je. Ada jugak aurat-aurat yang aku kurang jaga. Tapi ayat dia buat aku sentap dan buat aku rasa bersemangat nak tutup aurat dengan lebih baik. Dan aku takkan lupakan cerita tikus dia.  Tskk..tsskk..sobbb....

Sedihnyaaa....Aku memang nak sangat sambung kerja situ..Tapi apa kan daya....Aku tak berdaya...

tata teknion yang bagi aku pengalaman hidup...thanks to warga teknion...wc wd...

P/s:::Sir ask us to write diary everyday. Can I supersede that into this medium..which is a lot easier. But I'll type here rojak..huhu


People come and go. In the end. That's life all about. And I choose to leave. To turn over a new leaf. 
Hoping for the fresh start. May Allah bless :)


Till then, Cheerio people~

Rindu kat parents. Mereka tiada disisi kala ini. emakkkk....abahhhh....