Friday, July 3, 2015

Panas..Panas..9 Tips ELAK DEHIDRASI mencegah dari strok haba

Assalamualaikum.

Sekarang ni cuaca panas kan. Dijangka sampai ke September. Lagi-lagilah sekarang ni bulan puasa. Agak-agak tak tahan mau bukak je mak buyong ni. Tapi Alhamdulillah masih lagi bertahan.



Sumber google

Ni ha nak bagi tips elak dehidrasi. Harap-harap dapat membantu:

1. Banyakkan minum air (lagi-lagi air suam)
2. Banyakkan minum air isotonik, kalau boleh elakkan yang bergas. Ada je yang takde gas.
3. Kurangkan aktiviti luar. Duduk rumah baik2. Rajin-rajin kemas rumah :D
4. Pakai topi/payung. Boleh elak UV yang tinggi sekali.
5. Pasang kipas/penghawa dingin. Mana2 yang ada, nak jimat pakai kipas tangan. Tapi takut tangan berpeluh2 pulak.
6. Pakai pakaian yang sesuai contohnya daripada kapas, ringan dan longgar. Kalau ikut prinsip serap haba, elakkan pakaian gelap.
7. Jangan duduk dalam kereta tanpa penghawa dingin. Nak sauna pun kena cara la ye.
8. Pakai losyen yang ada SPF tinggi. SPF 30 ke atas.
9. Kurangkan pengambilan kafein,  alkohol dan bergula. satgi terhyper pulak.

Sekian 9 TIPS ELAK DEHIDRASI. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa :)

0 klik dan komen :):