Saturday, March 12, 2011

Hajat short-term

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum~

Sudah lama ku tunggu saat-saat itu hadir. Penat dalam penantian tapi tak kisahlah sebab walaupun penantian tu satu penyeksaan akhirnya aku akan dapat jua apa yang aku impikan. Lama ya amat yer aku tunggu peluang dan keizinan tu. Walaupun belum lagi terjadi tapi pasti akan terjadi. Aku akan pastikan yang ianya akan terjadi tanpa rasa ragu dan penyesalan. Memang risiko tapi aku tak kira. Setelah kian lama menunggu. Akhirnya. Bayangkan penantian selama 10 tahun bakal menjadi nyata. Pedulikkan apa orang nak kata. Aku yang pentingnya, harus positif. Biarpun hodoh, beast or whatsoever. Aku dah tak peduli. Hey, I’m doing this for my own good. Not for my own selfishness ok.

Tapi... ada tapi pulak...

Lepas ni habislah nafsu serakah aku yang satu tu bila hajat dihati dah tertunai. Oh tidak! Hobi aku masa lapang. Pantang busan, pantang sunyi, pantang tensi akan ku turutkan jua nafsu aku yang satu tu. Memang tak boleh elak. Makan. Makan dan Makan... wuaaa~

Mukadimah bebel mesti panjang. Tak panjang tak sah. Pernah nampak menatang ni? Kenal? Tak kenal? Tak kenal tak pe bukan ada markah pon.



ni yang biasa-biasa aja...



ni yang kalerful gitu...kawaii~

Orang kata pakai mende ni makan pon terjaga. Wah jaga gigi diet sekali. 2 dalam 1 tu. Yelah makan nak kena control buatnya tersekat tak nak keluar pulak kan. Pastu pi senyum merata-rata. Awok tu dah la gigi besi, nak menunjuk la pulak. Tiba-tiba ada daging lekat lak. Gila tak lawak kalau nampak, malu seta0n weh...

Oh tak sabarnya. Tunggu je abes belajar ni memang aku marathon la pi jumpa dokter gigi. yeahh

Ah..jangan nak tanya gigi aku teruk sangat ke sampai nak kena pakai braces bagai. Soalan macam nak mintak request lagu kakiku-di-mulutmu jer.kan...kan...kan...

P/s:: tsunami, gempa bumi tanda-tanda kiamat makin hampir...bawak-bawaklah bertaubat nu..blogjogging 2-3 pagi sanggup. Tahajud??? Solat 5 waktu??? Harap-harap cukuplah. Bukan setakat hanya fikir, tahu cakap tapi tanpa amal. Fikir-fikirkan... anda yang tentukan. Where is your turning point?

Friday, March 4, 2011

Gamophobia


Gamophobia???

atau

Takut kahwin???
Pernah jumpa orang macam ni??? atau adakah anda salah seorang???idk...
simptom-simptom gamophobia ni boleh dikesan melalui sikap. Biasanya kalau orang cerita pasal kawen ke atau kenen-kenen kan dia suruh kawen ke mesti dia mengelak, tak suka, marah atau apa-apa je lah tanda yang dia tak suka. Sebab-sebab gamophobia? of course segala yang berlaku ada sebab kan... sesuatu takkan berlaku tanpa sebab. mungkin disebabkan trauma sebab masa lampau atau keadaan sekeliling yang menyebabkan dia jadi macam tu. who knows~

Aku ada kenal sorang ni...tak pastilah dia gamophobia atau tak...tapi yang pastinya kalau sebut-sebut pasal kawen ke Berbuayafren berboyfriend ke...konpem dia tak suka...anti giler2 ah...sampai member yang memang rapat dengan dia pun da stop nak kacau-kacau dia pasal tu lagi. Masa mula-mula tau tu aku pon pelik jugak sebab adik dia da kawen dulu dah dari dia. kenapa dia nak marah-marah pulak kan kalo member-member rapat dia dok usik-usik dia. lagipon orang gurau-gurau je kan. Rupa-rupanya ada kisah sebalik sikap dia tu. Ayah dia kawen lain dan tinggalkan mak dia tergantung tak bertali (tali yg memang xkan nmpak kan). Duduk asing-asing tapi still lagi dalam status berkahwin selama da bertahun-tahun la jugak. Mungkin disebabkan hal tu dia tak suka bila orang sebut-sebut hal kawen-kawen ni. Kita tak tahu disebalik senyuman seseorang itu mungkin terdapat hati yang yang berduka.


aku nak emo-emo nih...
Tadi bukak metro ada statistik kat malaysia ni setiap 15 MINIT BERLAKU PENCERAIAN. what a surprise!!! Ingat senang ke keja kawen cerai ni...seolah-olah nilai perkahwinan tu dah takde erti lagi da takde value. senang je cakap nak cerai, nak mintak cerai semua. semuanya ni bergantung pada sikap. turut disebut dalam metro tu, kelalaian menunaikan kewajipan solat. hurm...fikir-fikir kanlah dimana kita meletakkan diri kita sebagai umat Islam.



p/s::aku kurang reti berkomunikasi aku rasa..lagi-lagi dalam menulis belog...lagi aku fail..ekekeke...merepek kerabu ajer..

Tuesday, March 1, 2011

Jalan sebelah saya ^^


Walk Beside Me

Don't walk in front of me,
I may not follow.

Don't walk behind me,
I may not lead.

Just walk beside me and be my friend.

A real friend is someone who walks in
when the rest of the world walks out.

Forgiveness is the glue,
that repairs broken relationships.

Nature has given to men one tongue,
but two ears, that we may hear

from others twice as much
as we speak.

True friends are like diamonds,
precious and rare.

A friend is someone
who knows the song in your heart,

and can sing it back to you
when you have forgotten the words.

A friend is one who believes in you
when you have ceased to believe in yourself.

It takes a long time
to grow an old friend.

~~ Author Unknown ~~